Cari Blog Ini

9 SITI YANG PATUT DI CONTOH

1. Siti Khadijah :
Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadah di Gua Hira’.
2. Siti Fatimah :
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3. Siti Aisyah :
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantis. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Beliau minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4. Siti Hajar :
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan perintah Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas perintah Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).
5. Siti Mariam :
Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa.
6. Siti Asyiah :
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg
dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7. Siti Aminah :
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8. Siti Muti’ah :
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya karna setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya saja.
9. Siti Zubaidah :
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan umtuk kegunaan orang banyak hanya niat karena Allah...
Semoga dapat dijadikan contoh untuk kita.

Ditulis Oleh : Unknown // 19.35
Kategori:

0 komentar:

Posting Komentar

 
Diberdayakan oleh Blogger.