Cari Blog Ini

10 FAEDAH MAULID NABI

1) Mengembalikan kefahaman terhadap Islam dan sekaligus meningkatkan kecintaan umat pada Islam.
2) Mendidik dan menggerakkan masyarakat Islam melalui pengajarandari perjalanan hidup Rasulullah S.A.W.
3) Memperbanyak dan memperkemaskan penyebaran risalah sirahRasulullah S.A.W. kepada umat Islam.
4) Memelihara kemurnian dan keaslian ajaran Islam dengan menjadikanRasulullah S.A.W. sebagai panduan rujukan.
5) Menyedarkan umat Islam secara keseluruhan kepentingan memahami sirah dan menghayati ajaran-ajaran Islam.
6) Mengetahui sirah tidak sekadar dalam pengolahan berbentuk cerita sahaja tanpa mengambil pengajaran dan pengiktibaran secara tersurat atau tersirat.
7) Sirah boleh dijadikan sebagai panduan membina keluarga, menjana diri, membentuk masyarakat, mengurus pemerintahan dan mentadbir negeri serta mengemudi negara.
8) Memurnikan sebarang salah faham terhadap sirah Nabi S.A.W.
9) Memahami bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun didalam penghidupan Rasulullah S.A.W. berbeza dengan sejarah atau biografi tokoh yang lain.
10) Meningkatkan kefahaman terhadap Al-Qur’an kerana sebahagian ayat Al-Qur’an lebih mudah difahami setelah kita mengetahui sebab penurunannya yang berkait langsung dengan sirah Nabi S.A.W.
Kefahaman yang mendalam memudahkan lagi penghayatan pada sejarah Maulidur Rasul dilakukan. Pada masa yang sama boleh mengelakkan sambutan terhadap peristiwa Maulidur Rasul hanya sekadar menjadi rutin tahunan atau pelengkap takwim tanpa boleh mendatangkan faedah yang besar terhadap umat Islam secara keseluruhan.

Ditulis Oleh : Unknown // 19.46
Kategori:

0 komentar:

Posting Komentar

 
Diberdayakan oleh Blogger.